Resepi & Tip/Info Terkini

Thursday, July 30, 2015

Resepi Pilihan - Bihun Sup Istimewa

Sumber : aziejaya.blogspot
By : Resepi Pilihan
Event: Resepi yang akan dicuba

Bahan2

1 ekor ayam - potong kecil
2 bawang besar kuning - cincang/kisar
1 labu bawang putih - tumbuk 3 inci halia - tumbuk
1 sb jintan manis
1 sb serbuk lada hitam
1 gelas air asam dicampur dengan 1 ibu jari belacan bakar
2 kiub stok daging
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan lain

2 pek mee kuning/mee hoon - celur
1 ikat sawi - celur
Daun sup - hiris
Bawang goreng
Cili kicap

Cara2nya

- Tumis bawang putih yang ditumbuk dengan halia.
- Masukkan bawang besar. Tumis sehingga wangi.
- Masukkan serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam.
- Kacau seketika.
- Masukkan ayam dan kacau rata lagi sehingga ayam kecut dan air ayam kering.
- Masukkan pula air asam jawa tadi yang telah ditapis.
- Masukkan air agak agaklah jumlahnya.
- Masukkan kiub stok daging dan garam secukup rasa.
- Biarkan kuahnya mendidih.

Cili Kicap 
Bahan bahan:
Segenggam cili padi - 15 biji cili merah dan hijau
3 ulas bawang putih
3-4 biji limau kasturi - perah airnya
Sedikit cuka Kicap manis Garam Gula

Cara2

- Sangai bawang putih dan cili padi sebelum ditumbuk.
- Masukkan air perahan limau kasturi, sedikit cuka dan kicap manis.
- Akhir sekali sesuaikan rasa dan masukkan garam dan gula.

Monday, December 30, 2013

Resepi Pilihan - Pulut Kuning


Sumber:
By: Resepi Pilihan
Event: Resepi yang akan dicuba

Bahan2
500gm Beras Pulut
Sekeping asam Gelugor / Asam Keping
2 sudu teh Serbuk Kunyit
2 helai Daun Pandan
350ml Santan Segar
2 sudu teh Garam
1/2 sudu teh Gula

Cara2nya
  • Cuci pulut dan rendam semalaman atau lebih kurang 4 jam bersama asam keping dan serbuk Kunyit.
  • Tos dan kukus pulut bersama daun pandan kira2 25 minit atau 3/4 masak.
  • Angkat pulut dan letak didalam mangkuk besar.
  • Gaul santan, garam dan gula. Kacau bersama pulut tadi dan biarkan seketika sehingga pulut meresap santan.
  • Kukus semula selama 15-20 minit atau sehingga masak.
  • Siap untuk dihidangkan.


Friday, July 19, 2013

Resepi Pengat Pisang / Serawa Pisang




Sumber : Resepi Bonda Tercinta
By : daridapureza
Event : 4 Ramadhan 1434 (13/7/2013)

Bahan2

1 biji Pisang Tanduk
2 bungkus Santan Serbuk
4 cawan Air
1 1/2 sudu besar Sagu
3/4 cawan Gula
Daun Pandan
Secubit Garam

Cara2

- Sagu dimasak bersama 2 cawan air sehingga kembang.
- Masukkan gula dan daun pandan
- Bancuh santan serbuk bersama air dan masukkan.
- Masukkan garam.
- Masukkan pisang yang telah dihiris nipis.
- Masak diatas api yang sederhana.

Friday, July 12, 2013

Kari Ikan Bawal




Sumber: Resepi Bonda Tercinta
By: daridapureza
Event: Makan Malam klik sini

Bahan2

2 ekor Ikan Bawal
2 ulas Bawang Merah
1 ulas Bawang Putih
1 tangkai Daun Kari
4 sudu besar @ 1 bungkus kecil Serbuk Kari
1/2 bungkus @ 25g Santan Sebuk
sedikit Air Asam Jawa

Bendi & Tomato

Cara2

- Panaskan 3 camca besar minyak
- Masukkan bawang merah & bawang putih yg telah dihiris. Biarkan seketika
- Masukkan daun kari (leraikan daun dari batangnya)
- Setelah bawang berwarna kekuningan dan naik bau masukkan rempah kari yg telah dibancuh dengan air
Kacau sekali sekala sehingga rempah kari garing
- Masukkan air asam jawa dan air
(air lebih kurang 3 cawan)
- Masukkan garam secukup rasa
- Masukkan serbuk perasa jika suka
- Masukkan santan
biarkan sehingga mendidih dan naik minyak
- Masukkan ikan
- Masukkan bendi & tomato bila ikan hampir masak
(eza tak masukkan sebab bendi dan tomato tak ada hehehe ...)




Resepi Pilihan - Bihun Singapore, Ayam Masak Merah




Sumber:
By: Resepi Pilihan
Event: Resepi yang akan dicuba


Bihun Singapore

Bahan2

1 labu Bawang Putih *
1 labu Bawang Besar *
1 batang Lobak Merah
Kobis
Lada Hitam
Udang /Ayam
Sos Tiram
Daun Sup
1 bungkus Bihun

Cara2

- Bihun direndam dengan air sehingga lembut. Kemudian toskan
- Kisar bahan *
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
- Masukkan ayam yang telah dipotong kecil  / udang dan biarkan masak.
- Masukkan sos tiram, garam dan sedikit gula
- Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk.
- Masukkan bihun yang telah ditoskan tadi. Kemudian kacau hingga rata
- Masukkan lobak merah yang dihiris nipis bersama kobis.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Ayam Masak Merah

Bahan2

1 ekor Ayam
1 labu Bawang Besar
2 sudu makan Soso Tomato
Serbuk Kunyit
Gula & Garam secukup rasa
Minyak Masak

Bahan2 Kisar

12 tangkai Cili Kering
4 biji Tomato
1 labu Bawang Besar
2 in Halia
2 batang Serai

Cara2

1. Bersihkan ayam dan potong kecil.
2. Gaulkan ayam yang telah dipotong dengam garam dan kunyit.
3. Goreng ayam sehingga masak.
4. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga kelihatan garing.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng.
6. Masukkan bawang besar, sos tomato dan gula.
7. Gaulkan sehingga sebati dan kelihatan rata.




Thursday, July 11, 2013

Kuih Cara - Resepi Pilihan



               (gambar sekadar hiasan)

By: Resepi Pilihan
Event: Resepi yang akan dicuba

Bahan2
3 cawan Tepung Gandum
1 biji Telur
8 helai Daun Pandan (diblend) ambil air pandan satu cawan.
4 cawan Santan
sedikit Garam
sedikit Esen Hijau

bahan2 diatas msukkan dalam blender dan diblend.dan tapiskan.panaskan acuan sapu dengan planta.tuangkan adunan kuih cara dan letakkan gula secukupnya dan tutupkan dengan penutup biar sampai masak boleh le angkat.


Resepi Kuih Sagu




    Sumber: klik sini
    By: daridapureza.blogspot
    Event: Sarapan Pagi

Bahan2

1 cawan Sagu
2 cawan Air
3/4 cawan Gula (resepi asal 1/2 cawam Gula)
Pewarna Merah - tidak perlu jika guna sagu yang warna merah 
Esen Ros
Daun Pandan
Kelapa Parut - digaul bersama sedikit garam

Cara2

1.  Masukkan air dan gula ke dalam loyang.
2.  Kacau gula sehingga larut - gunakan air panas supaya gula lebih mudah larut.
3.  Masukkan pewarna merah dan sedikit esen ros dan daun pandan.
4.  Masukkan sagu (basuh sagu tu dulu K) dan kacau sehingga sedikit kental.
5.  Kemudian tutup loyang dan biarkan ia masak dengan api yang sederhana.


Thursday, June 13, 2013

Agar2 Biasa




Sumber: Resepi Bonda Tercinta
By: daridapureza.blogspot
Event: Desert for Lunch


Bahan2

10g Agar2 Tali
1 liter Air
Gula Batu (eza masukkan 1/2 paket kecil yang beli di Giant tu)
Gula Pasir (manis ikut selera masing2)
Esen Ros
Pewarna Ros
Daun Pandan

Cara2
* Masak agar2 bersama air dan daun pandan sehingga hancur
* Setelah agar2 hancur, masukkan gula dan kacau sehingga gula larut dan mendidih
* Masukkan esen ros dan pewarna ros dan kacau sebati.
* Tutup api dan letakkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk dan keras
* Masukkan ke dalam peti sejuk
* Hidangkan

Kuih Sagu - Resepi Pilihan



                 (gambar sekadar hiasan)

Sumber: Facebook (sorry lupa tuan empunya resepi)
By: Resepi Pilihan
Event: Resepi yang akan dicuba - Sudah dicuba dan hasilnya klik sini


Bahan2

1 cawan Sagu
2 cawan Air
1/2 cawam Gula
Daun Pandan
Kelapa Parut
Pewarna



Sukatan ml @ gram ditukar Kepada Sukatan Cawan






TEPUNG
1/4 cawan = 30 gram
1/3 cawan = 40 gram
1/2 cawan = 60 gram
1 cawan = 125 gram
6 3/4 cawan = 1000 gram @ 1 kilogram

GULA KASTOR
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram


MENTEGA
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram

CECAIR
1/4 cawan = 50 ml
1/2 cawan = 125 ml
3/4 cawan = 180 ml
1 cawan = 250 ml
4 cawan (1 quart) = 1000 ml