By: Resepi Pilihan
Event: Resepi yang akan dicuba
Bihun Singapore
Bahan2
1 labu Bawang Putih *
1 labu Bawang Besar *
1 batang Lobak Merah
Kobis
Lada Hitam
Udang /Ayam
Sos Tiram
Daun Sup
1 bungkus Bihun
Cara2
- Bihun direndam dengan air sehingga lembut. Kemudian toskan
- Kisar bahan *
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
- Masukkan ayam yang telah dipotong kecil / udang dan biarkan masak.
- Masukkan sos tiram, garam dan sedikit gula
- Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk.
- Masukkan bihun yang telah ditoskan tadi. Kemudian kacau hingga rata
- Masukkan lobak merah yang dihiris nipis bersama kobis.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Ayam Masak Merah
Bahan2
1 ekor Ayam
1 labu Bawang Besar
2 sudu makan Soso Tomato
Serbuk Kunyit
Gula & Garam secukup rasa
Minyak Masak
Bahan2 Kisar
12 tangkai Cili Kering
4 biji Tomato
1 labu Bawang Besar
2 in Halia
2 batang Serai
Cara2
1. Bersihkan ayam dan potong kecil.
2. Gaulkan ayam yang telah dipotong dengam garam dan kunyit.
3. Goreng ayam sehingga masak.
4. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga kelihatan garing.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng.
6. Masukkan bawang besar, sos tomato dan gula.
7. Gaulkan sehingga sebati dan kelihatan rata.
No comments:
Post a Comment